Uncategorised

Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar Johor

Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Menteri Besar Johor telah berlangsung di Kediaman Rasmi Saujana Johor Bahru pada 11 Mac 2026.

Dalam majlis yang sama, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang diwakili oleh Tn. Haji Abdul Latif bin Sahari, Ahli Jemaah Pengarah selaku wakil rasmi Pengerusi PPNJ, telah menyempurnakan penyerahan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjumlah RM551,000.00, yang turut disaksikan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Mohd Fahd bin Kassim, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) serta En. Zulkifli bin Naim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Digital PPNJ.

Majlis ini mencerminkan komitmen PPNJ dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat serta menyokong usaha memperkasa pembangunan dan kebajikan umat Islam di Negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *