Album, Berita

17 Oktober 2024 – Lawatan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA).

Lawatan YBhg. En Shahril Shamsir Bin Amran Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pahang ke Ladang Nanas PPNJ Ayer Hitam Muar. Turut hadir di majlis tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Md Nizam Bin Jumadi, Timbalan Pengurus Besar Operasi PPNJ.

Sesi lawatan ringkas ini dimulakan dengan taklimat projek tanaman nanas yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Unit Khidmat Nasihat Ladang, En Muhamad Akram Bin Ibrahim dan seterusnya sesi lawatan ke ladang.

Semoga dengan sokongan dan lawatan ini dapat memberi impak positif kepada Ladang Nanas PPNJ agar lebih maju dan berdaya saing di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *