Album

PROGRAM IBADAH KORBAN PPK BATU ANAM 1446H

Batu Anam, Segamat

09 Jun 2025

Pusat Sembelihan Ruminan PPK Batu Anam

PROGRAM IBADAH KORBAN PPK BATU ANAM 1446H BERSAMA YB DATO’ ZAHARI BIN SARIP PENGERUSI JAWATANKUASA PERTANIAN, INDUSTRI ASAS TANI DAN KEMAJUAN LUAR BANDAR NEGERI JOHOR.

PPNJ merakamkan ucapan terima kasih kepada PPK Batu Anam di atas kesudian menjemput PPNJ dalam bersama-sama memeriahkan program korban pada hari ini.

Program ibadah korban ini di laksanakan antara lain bagi mengeratkan silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat.

Program yang telah dijayakan bersama YB Dato’ Zahari Bin Sarip ini berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak. Turut hadir memeriahkan program ini ialah Encik Amiruddin Bin Haji Bahar, Pengarah LPP Negeri Johor, YH Dato’ Haji Ali Bin Shikh Ahmad, Pengerusi AJP PPNJ, Barisan AJP PPNJ, Encik Mohd Faizal Bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ dan pegawai PPNJ yang memberikan sokongan terhadap PPK dalam menganjurkan program keagamaan dan kemasyarakatan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan AJP dan Pengurusan PPK Batu Anam di atas penganjuran program korban ini.

Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan beroleh keberkatan hendaknya. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *