Album

Majlis Kunjungan Hormat Pengerusi AJP PPNJ dan Pengurusan PPNJ

20 Jun 2025 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Johor Bahru

Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), telah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yang Hormat Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Encik Mohd Faizal bin Hailani Pengurus Besar PPNJ dan barisan Pengurusan PPNJ.

Kunjungan hormat yang diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan projek usahasama pembangunan ladang wakaf MAIJ oleh PPNJ.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Ngah, AJP PPNJ; Tuan Haji Nizam bin Jemadi, Timbalan Pengurus Besar Operasi PPNJ serta beberapa anggota Pengurusan PPNJ yang lain.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Y.H. Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad yang menyatakan hasrat dan tujuan utama kunjungan ini diadakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dizahirkan kepada YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim serta seluruh barisan pengurusan MAIJ atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi pertemuan ini.

PPNJ berharap agar majlis seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh hubungan strategik antara PPNJ dan MAIJ, seterusnya menjamin pencapaian prestasi cemerlang PPNJ pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *