27 JUN 2025 | SEGAMAT, JOHOR
PPNJ berbesar hati menerima kunjungan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), YBrs. En. Amir bin Matamin dalam Program Ramah Mesra bersama Pengurusan PPNJ dan Pengurusan Ladang serta Kilang Bukit Bujang.
Program ini turut memberi ruang kepada sesi perkongsian berkenaan perkembangan Projek Penternakan Lembu PPNJ, termasuk perbincangan berkenaan pencapaian, cabaran operasi, serta hala tuju projek dalam mendukung agenda sekuriti makanan negara.
PPNJ amat menghargai dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan dan komitmen YBrs. En. Amir dalam menyokong usaha pembangunan sektor peladang serta memperkukuh rantaian nilai penternakan di peringkat nasional.




