Pengerusi bersama Ahli Jemaah Pengarah serta barisan pengurusan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah mengadakan lawatan kerja ke Colla Cattle Farm. Lawatan ini bertujuan meninjau projek Mygyu Malaysia serta membincangkan potensi usaha sama dalam perniagaan ternakan lembu pedaging.
Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Encik Jamal bin Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Colla Cattle Farm, diikuti dengan lawatan ke kandang lembu Mygyu dan seterusnya ke pusat penyembelihan.
Lawatan ini dipimpin oleh Yang Hormat Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad bersama barisan Ahli Jemaah Pengarah iaitu Tuan Haji Zaidi bin Abd Majid, Encik Ahmad Sufian bin Abd Tahir, dan Encik Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ, serta turut disertai oleh barisan pengurusan PPNJ yang lain.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan PPNJ dalam menjalin kerjasama strategik dengan industri ternakan, sekali gus menyokong pembangunan agropreneur yang lestari dan berdaya saing.





