Album

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)

10 November 2025 / 19 Jamadilawal 1447H

Aylia Event Hall, Kg. Hj. Ghaffar, Yong Peng

Majlis penuh barakah ini dimulakan dengan alunan selawat qasidah yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Haji Mohd Azman bin Mohsin Al-Muari, menghidupkan suasana cinta dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Seterusnya, hadirin disajikan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadut, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Ceramah beliau sarat dengan mutiara ilmu dan nasihat berteraskan tema “Membangun Ummah Madani”.

Majlis turut dihadiri oleh YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi PPNJ; Ybrs. En. Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ; barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ; Pengerusi-pengerusi PPK, Pengurus besar PPK seluruh negeri Johor, serta seluruh warga kerja PPNJ.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati kelahiran Rasulullah ﷺ, tetapi juga sebagai wadah memperkukuh ukhuwah, meneguhkan semangat keislaman, dan memperbaharui iltizam dalam membangun ummah madani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *