Album

KUNJUNGAN HORMAT PPNJ KE SPRM NEGERI JOHOR

Pada 18 November 2025, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor. PPNJ diwakili oleh En. Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ; Tn. Haji Md Nizam bin Jemadi, Timbalan Pengurus Besar (Operasi); En. Mohamad Fahd bin Kassim, Timbalan Pengurus Besar (Pemajuan); En. Zulkifli bin Naim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat; serta Pn. Norashidah binti A Rahman, Pegawai Undang-undang.

Rombongan PPNJ telah disambut oleh Tuan Hairuzam bin Mohmad Amin @ Hamim Pengarah SPRM Negeri Johor. Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerja dan menyatakan komitmen bersama terhadap tadbir urus yang berintegriti, telus dan bebas rasuah.

PPNJ terus komited memastikan amanah yang dipikul dilaksanakan dengan penuh integriti demi kepentingan ahli peladang dan pembangunan masyarakat peladang yang lebih mampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *