28 November 2025
Wisma Peladang, Johor Bahru
PPNJ menerima kunjungan hormat daripada RISDA Estate Sdn. Bhd. Delegasi RISDA Estate Sdn. Bhd. diketuai oleh En. M Azmi bin Mohd (mohid), Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Estate Sdn. Bhd., dan disambut oleh En. Mohd Faizal bin Hailani: Pengurus Besar PPNJ bersama barisan pengurusan.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik, perkongsian kepakaran serta peluang memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua organisasi.
Semoga sesi kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan bermanfaat.





