Mesyuarat Agung Kawasan PPNJ KNB-LPP Tahun 2026 telah dilaksanakan dan disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ).
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengerusi KNB-LPP, Encik Kamarul Arifin bin Shaari serta Ahli Lembaga Koperasi KNB-LPP, Encik Muhammad Azzrinie bin Shafie, dan anggota di PPNJ.
Penganjuran mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus, memperhalusi hala tuju serta memperkasakan kerjasama strategik demi kelestarian dan kemajuan gerakan koperasi peladang di negeri Johor.
Tahniah kepada perwakilan yang terpilih.





