Album

Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut Batu 13/14, Mukim Ayer Hitam, Muar

Lawatan Y.H. Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi PPNJ bersama En. Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ ke lokasi operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Batu 13/14, Mukim Ayer Hitam, Muar yang melibatkan sebahagian ladang milik PPNJ.

Turut hadir, Tuan Haji Nizam bin Jumadi, Timbalan Pengurus Besar Operasi PPNJ. Operasi hari ke-7 ini dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama agensi-agensi terlibat serta dibantu helikopter AW139 dari Pangkalan Udara JBPM Wilayah Utara bagi menyokong pengoperasian di kawasan terlibat.

Kawasan PPNJ yang terlibat dianggarkan seluas 20 hektar. Mohon doa semua agar musibah kebakaran ini dapat dikawal sepenuhnya dan dihentikan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *