13 Februari 2026
Wisma Peladang, Johor Bahru
Alhamdulillah, hari ini suasana di PPNJ dipenuhi dengan keberkatan dan ketenangan.
Warga PPNJ bersama-sama menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Doa Kesyukuran serta Tazkirah Ramadan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba. Majlis yang penuh makna ini telah dipimpin oleh Imam Shahril bin Mohamad, Imam Masjid Johor Corporation, Ulu Tiram sebagai persediaan rohani dan pengukuhan ukhuwah dalam kalangan warga kerja PPNJ.
Di kesempatan ini, majlis doa selamat dan kesyukuran turut diadakan sempena Ulang Tahun ke-53 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang disambut pada 14 Februari 2026.
Semoga LPP terus maju dan cemerlang dalam memperkasa institusi peladang serta memacu pembangunan sektor agromakanan negara.






