Berita

Produk jenama ‘PELADANG’ menjamin produk Bersih dan Halal

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi jenama Peladang mengeluarkan produk makanan bagi memenuhi permintaan pengguna yang inginkan makanan bersih dan halal.

Pengurus NAFAS Faizah Jamaludin berkata, jenama Peladang dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas tani sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) pada 25 November 2014.
Beliau berkata, NAFAS diberi hak tunggal untuk Cap Dagangan Jenama Peladang oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyalahgunaan jenama berkenaan.

“Tujuan penjenamaan produk keluaran Pertubuhan Peladang (PP) berhubung kait dengan penguasaan rantaian nilai oleh PP bermula daripada aktiviti pengeluaran yang dikuasai ahli PP dan usahawan peladang. Aktiviti pemprosesan dilakukan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan NAFAS sendiri. Oleh itu, semua produk keluaran ahli dan PP akan dipayungi di bawah jenama Peladang. Ia bertujuan menangani isu orang tengah. Semua produk di bawah jenama Peladang yang dikeluarkan ahli dan PP akan dipasarkan sendiri oleh NAFAS, PPN dan PPK” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat NAFAS di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, tumpuan kepada pengukuhan kualiti dan pembungkusan sangat penting supaya semua produk boleh dipasarkan dan selamat dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *