Album

Perhimpunan Tahunan Staf PPNJ 2018

Perhimpunan Awal Tahun Staf PPNJ 2018.

Majlis Perhimpunan Awal Tahun Staf
Pertubuhan Peladang Negeri Johor 2018 bersama Pengerusi AJP PPNJ , Y.B. Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib telah berlangsung bertempat di Sangkar Kristal, Taman Pelangi, Johor Bahru bermula 8.00 Pagi pada 04 Januari 2018. Turut hadir barisan AJP PPNJ dan Pengurus Besar, Tn Hj. Rusmin bin Juwahir.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku dan lagu PPNJ. Seterusnya bacaan Doa yang dipimpin oleh Tn. Hj. Md Nizam bin Jumadi. Majlis diserikan dengan ucapan serta amanat dari Pengurus Besar diikuti Y.B Pengerusi.

Penganugerahan Anugerah Pekerja Cemerlang Tahunan bagi tahun 2017 yang telah disandang oleh Encik Zairizan bin Sazali, Penyelia Ladang, Ladang Wakaf Maij Jemaluang dan Puan Norasidah binti Ahmad, junior eksekutif Ladang Bukit Bujang Segamat. Tahniah!

Majlis turut meraikan staf yang bersara pada tahun 2017, staf yang diraikan ialah En Mohd Ali bin Naina Mohd, Penolong Pengurus Peladang Agrochemical Trading Sdn Bhd yang telah berkhidamat 22 tahun bersama PPNJ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *