Album

Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kota Tinggi kali ke-44

KOTA TINGGI – 25 Julai 2023

Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kota Tinggi kali ke-44 telah diadakan di Dewan Serbaguna Kota Jaya, Kota Tinggi di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Encik Amiruddin bin Bahar; Pengarah LPP Negeri Johor.

Antara yang hadir di majlis tersebut ialah YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad; Pengerusi AJP PPNJ, Barisan AJP PPNJ, Puan Kama Idayu binti Kamaruddin; PPD Johor Timur, Encik Shahrizan bin Khairudin; Pengurus Besar PPNJ dan para perwakilan PPK.

Di majlis berkenaan, PPNJ telah menyumbang sebuah pacuan 4 roda Isuzu D-Max kepada PPK yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Ali kepada YBrs Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Ngah; Pengerusi PPK Kota Tinggi.

PPK turut menyerahkan Sumbangan Zakat Perniagaan Tahun 2022 bernilai RM30,000 kepada wakil amil Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi.

PPK Kota Tinggi tidak ketinggalan melancarkan produk makanan sejuk beku keluaran mereka yang berasaskan Produk Ayam Hiliran dan lain-lain lagi.

Di akhir majlis, PPK mengiktiraf aktiviti ahli-ahlinya dengan memberi beberapa penghargaan seperti Anugerah Pencapaian Tahun 2022 diantaranya Anugerah Usahawan Jaya, Langganan BTS Tertinggi, Simpanan dan Tambahan Saham Tertinggi serta Sumbangan Pelajar Cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *