Album

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kluang kali ke-41

16 Julai 2023 – KLUANG

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kluang kali ke-41 telah diadakan di Dewan PPK Kluang pada jam 9.30 pagi di sini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh YBhg. Encik Amiruddin bin Bahar Pengarah LPP Negeri Johor.

Antara yang hadir ialah YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad Pengerusi AJP PPNJ merangkap AJP NAFAS, Barisan AJP PPNJ, Encik Azman bin Kadir PPD Pontian/Kluang dan Encik Zulkifli bin Naim wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ.

Di majlis berkenaan, PPNJ telah menyumbang sebuah pacuan 4 roda 4×4 Isuzu D-Max kepada PPK Kluang yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Ali kepada Pengerusi PPK, Tuan Haji Ibrahim bin Ariffin.

PPK Kluang turut menyerahkan sumbangan Zakat Perniagaan 2022 sebanyak RM6,530.00 kepada wakil Amil Baitulmal Kluang. Turut disampaikan beberapa anugerah dari PPK seperti Anugerah Peladang 2022, Anugerah Pelajaran 2022 serta Anugerah Jasamu Dikenang.

Semoga PPK Kluang terus maju dimasa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *