Album

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Batu Anam Tengah kali ke- 45

SEGAMAT – 13 Julai 2023

PPK Batu Anam telah menjalankan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 bagi tahun 2023 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kg Kenangan Batu Anam di sini.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi itu diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan termasuk ahli-ahli PPK.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi AJP PPNJ merangkap AJP NAFAS.

Antara tetamu lain yang hadir ialah Puan Masfahani binti Md Zin dari PPD Muar/Tangkak/Segamat wakil rasmi Pengarah LPP Negeri Johor, Encik Fairulnizam bin Maskon Ketua Cawangan Hal Ehwal Pendaftar LPP Johor, Barisan AJP PPNJ manakala Encik Zulkifli bin Naim sebagai wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ.

Seperti sebelumnya, PPK Batu Anam tidak ketinggalan menerima sebuah pacuan 4 roda Isuzu D-Max sebagai sumbangan PPNJ kepada 29 PPK di negeri Johor pada tahun ini. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi AJP PPNJ kepada Tuan Haji Sharuddin bin Hussein Pengerusi PPK Batu Anam.

Dalam majlis sama, PPK turut menyerahkan Zakat Perniagaan 2022 berjumlah RM11,300.00 kepada Majlis Agama Islam Segamat. Selain itu juga, PPK menyampaikan beberapa sumbangan kepada ahli-ahlinya seperti Anugerah Unit Peladang Terbaik, Anugerah Usahawan Jaya Peladang Muda/PeladangNita dan Sumbangan Galakan Pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *