Album

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Parit Raja kali ke-45

12 Julai 2023 – PARIT RAJA

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Parit Raja kali ke-45 telah diadakan di Dewan Orang Ramai Parit Raja pagi ini.

Perasmian majlis disempurnakan oleh YH. Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS merangkap Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ.

Antara yang hadir ialah YBrs. Puan Juriah Binti Dahalan Pegawai PPD Batu Pahat wakil rasmi Pengarah LPP Negeri Johor, YBrs. Encik Fairulnizam Bin Maskon Ketua Hal Ehwal Pendaftar LPP Negeri Johor, YBhg. Encik Mohd Rusdi Bin Ghani Timbalan Pengurus Besar PPNJ wakil rasmi Pengurus Besar PPNJ, Barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Barisan Ahli Jemaah Pengarah PPK Parit Raja, Dif-Dif Jemputan serta para perwakilan yang hadir.

Di majlis tersebut, PPNJ telah menyumbang sebuah pacuan 4 roda Isuzu D-Max kepada PPK yang disampaikan oleh YH. Dato’ Haji Ali kepada Pengerusi PPK Parit Raja, YBrs. Tuan Haji Ibrahim Bin Ahmad.

Di majlis yang sama LPP turut menyampaikan Matching Grant dan Geran Agroprenuer Muda berjumlah RM56, 215.00 yang disampaikan oleh YBrs. Puan Juriah kepada Pengerusi PPK.

Tidak ketinggalan, PPK turut menyampaikan beberapa sumbangan dan anugerah termasuk Sumbangan Zakat Perniagaan kepada Majlis Agama Islam Daerah Batu Pahat berjumlah RM38,846.00, penyampaian Anugerah Ketua Unit Terbaik, Belian Input Pertanian Terbanyak, Peserta SKLT Terbaik, Simpanan Ahli Terbanyak, Pembelian Barangan PPHP Terbanyak, Usahawan Tanaman Makanan Terbaik, Usahawan Ternakan Terbaik, Usahawan IKS Terbaik, Pengurusan Sawah Terbaik serta Pelanggan BTS Terbaik.

Turut dijalankan adalah upacara pelancaran bas bagi projek perkhidmatan pelancongan dan sewaan bas. Projek ini adalah kolaborasi antara PPK Parit Raja bersama Syarikat Colour Plus Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *