Album

Kursus Peningkatan Ekonomi Madani PeladangNita Negeri Johor 2023

19 September 2023 – JOHOR BAHRU

Kursus Peningkatan Ekonomi Madani PeladangNita Negeri Johor 2023 telah diadakan di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Johor Bahru di sini.

Kursus yang disertai oleh 58 orang peserta dari ahli-ahli PeladangNita seluruh negeri Johor dari pelbagai latar belakang aktiviti ekonomi. Kursus yang dijalankan adalah penerangan berkenaan Ternakan Madu Kelulut dari UTM Skudai oleh Pensyarah Kanan Inovasi & Pengkomersialan; Dr Mohd Khairuddin Ramliy dan Penerangan Pengurusan Ternak Air, Encik Shamoddin Abd Halim.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Zahari bin Sarip Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor.

Turut dijalankan adalah penyerahan Mock Cheque bernilai RM29,000 sumbangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor kepada 29 PPK seluruh negeri Johor bagi meneruskan aktiviti PeladangNita di negeri Johor.

Simbolik menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara PeladangNita Negeri Johor dan Peladang Urus Sdn. Bhd (PUSB) mengakhiri majlis yang turut disaksikan bersama oleh YBrs Tuan Haji Wan Ismail Wan Ngah selaku wakil rasmi Pengerusi AJP PPNJ dan barisan AJP PPNJ yang lain, Encik Shahrizan bin Khairudin; Pengurus Besar PPNJ, Encik Muhamad Sahri Mohamad; Timbalan Pengarah LPP Negeri Johor dan Puan Zarina Mohamed Bain selaku Pengerusi PeladangNita Negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *