Album

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Kali Ke-45 Tahun 2023

 27 SEPTEMBER 2023 – JOHOR BAHRU

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Kali Ke-45 Tahun 2023 telah berlangsung pada 27 September 2023 bertempat di Persada International Convention Centre, Johor Bahru.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 10.00 pagi itu dihadiri oleh para perwakilan seramai 232 orang yang mewakili 29 buah PPK-PPK seluruh negeri Johor.

Antara yang hadir di mesyuarat tersebut ialah YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad; Pengerusi AJP PPNJ dan barisan AJP lain, YBrs Encik Fairulnizam bin Maskon; wakil rasmi Pengarah LPP Johor selaku pendaftar, Encik Shahrizan bin Khairudin; Pengurus Besar PPNJ, Pegawai-Pegawai Peladang Daerah serta Pengurus Besar PPK-PPK.

Di sebelah petang pula, PPNJ meneruskan acara dengan menjalankan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 di mana majlis tersebut dirasmikan oleh YH Dato’ Haji Zamri bin Yaakob, Pengerusi AJP NAFAS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs Encik Amiruddin bin Bahar, Pengarah LPP Neger Johor.

PPNJ telah menyerahkan Zakat Perniagaan tahun 2023 berjumlah RM440,000.00 kepada wakil pegawai daripada MAIJ selain penyampaian ‘mock cheque’ bernilai RM29,000.00 daripada Yayasan Pelajaran Peladang (YPP) bagi Program Kecemerlangan Pelajaran Negeri Johor kepada anak-anak ahli peladang yang disampaikan oleh Pengerusi AJP NAFAS. Tidak ketinggalan, PPNJ turut menyampaikan beberapa anugerah khas kepada PPK seperti Anugerah Penghantaran BTS Tertinggi, Anugerah PPK Setia, Anugerah Pertambahan Saham Tertinggi, Rebat Langganan Input Tertinggi 2022 daripada Syarikat Peladang Agrochemical Trading Sdn.Bhd dan Kecemerlangan Pelajaran.

Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah penyerahan kunci pacuan 4 roda Isuzu D-Max kepada setiap PPK untuk kegunaan mereka bagi meningkatkan Kerjasama antara PPK dengan PPNJ terutama dalam pemasaran bersepadu BTS. Penyerahan kunci tersebut disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Ali kepada Pengerusii-Pengerusi PPK.

Semoga PPNJ terus maju di masa hadapan.

#KPKM

#LPP

#NAFAS

#PPNJ

#matppnj2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *