Album

Karnival Agro Johor Daerah Mersing 2023

4 November 2023

MERSING

Karnival Agro Johor Daerah Mersing membuka tirai seterusnya bagi edisi Ekspo Agro Johor setiap daerah di Negeri Johor di mana kali terakhir diadakan adalah Dataran Tanjung Emas, Muar.

Di sini, karnival selama 3 hari ini menyediakan pelbagai persembahan melibatkan semua agensi kerajaan seperti pameran ‘booth’ jabatan, jualan-jualan dari usahawan tempatan, persembahan pentas dan menu makanan.

Sebentar tadi diadakan Majlis Perasmian Karnival Agro Johor yang dirasmikan oleh Ybhg Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali Pegawai Daerah Mersing yang mewakili Menteri Besar Johor.

Kehadiran pengunjung setakat ini dijangka seramai 1000 orang telah berkunjung mulai semalam bagi menyaksikan sendiri program yang sedang diadakan.

Turut hadir ke majlis perasmian ialah YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad; Pengerusi AJP PPNJ dan beberapa AJP lain serta Ketua-Ketua Jabatan serta pemimpin usahawan.

Pelbagai progrm telah dijalankan termasuk pertandingan mewarna, pertandingan meraga pakaian kanak-kanak sekolah, aktiviti masakan serta cabutan nombor bertuah kepada pengunjung.

PPNJ turut menyediakan ‘booth’ pameran dan jualan produk-produk hiliran seperti jus dan air minuman, ayam goreng, buah nanas jenis MD2 dan lain-lain lagi.

Pegawai Hal Ehwal Korporat PPNJ, Encik Zulkifli Naim turut menyatakan agar karnival seperti ini diharap dapat diteruskan di masa hadapan agar rantaian produk makanan dan hubungan antara jabatan serta agensi di Negeri Johor terus giat memainkan peranan dalam memajukan lagi bidang pertanian di bawah portfolio Jawatankuasa Pertanian Negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *