Album

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Batu Pahat Tengah kali ke- 43

23 Julai 2023 – BATU PAHAT

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Batu Pahat Tengah kali ke- 43 telah diadakan di Dewan Peladang Kompleks PPK pada pagi ini.

Perasmian majlis disempurnakan oleh YB Tuan Wan Kharizal Bin Wan Khazim, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS. Antara lain yang hadir ialah YBrs Tuan Haji Abd Latif Bin Sahari, Ahli Jemaah Pengarah PPNJ merangkap wakil rasmi Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, YBhg. Encik Amiruddin Bin Bahar Pengarah LPP Negeri Johor, YBhg. Encik Shahrizan Bin Khairuddin Pengurus Besar PPNJ, Barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Barisan Ahli Jemaah Pengarah PPK Batu Pahat Tengah, Dif-dif jemputan serta para perwakilan PPK.

Di majlis tersebut, PPNJ telah menyumbang sebuah pacuan 4 roda Isuzu D-Max kepada PPK yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Abd Latif Bin Sahari kepada YH. Dato’ Haji Ali Bin Shikh Ahmad Pengerusi PPK Batu Pahat Tengah.

Tidak ketinggalan, PPK turut menyerahkan Sumbangan Zakat Perniagaan kepada Majlis Agama Islam Daerah Batu Pahat berjumlah RM10,492.00.

Seterusnya, penyampaian mock cek peruntukan Program Pemerkasaan Peladang berjumlah RM70,700.00 dan Sumbangan Pendidikan Pertubuhan Peladang bernilai RM5,000.00 telah disampaikan oleh Pengarah LPP Negeri Johor kepada Pengerusi PPK.

Sebagai penghargaan kepada ahli-ahlinya, PPK turut memberi pelbagai anugerah dan hadiah galakan seperti Usahawan Peladang Jaya Muda, Usahawan Peladang Nita Jaya, Pelanggan Sawit Terbaik, Pelanggan Peladang Outlet Terbaik, Pelanggan Input Pertanian Terbaik, dan Anugerah Kecemerlangan Pelajaran.

Semoga PPK Batu Pahat Tengah terus maju!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *