MARDI Johor Bahru
9 September 2025 | 2.30 Petang
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Johor Bahru atas kesudian menerima kunjungan hormat kami pada hari ini.
Kunjungan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh jalinan kerjasama serta memperluas perkongsian pengetahuan antara PPNJ dan MARDI.
Rombongan PPNJ diketuai oleh Encik Mohd Faizal bin Hailani (Pengurus Besar PPNJ) bersama Tuan Haji Md. Nizam bin Jumadi (Timbalan Pengurus Besar Operasi) serta beberapa anggota pengurusan PPNJ.
Manakala pihak MARDI Johor diwakili oleh Dr. Musaalbakri bin Abdul Manan (Pengarah MARDI Johor) bersama barisan pegawai MARDI.
Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama dan memperkukuh perkongsian ilmu bagi memajukan sektor pertanian & ternakan di Negeri Johor.




