Berita

Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa Pertubuhan Peladang Negeri Johor 2022/1443h.

25 APRIL 2022 – Parit Raja, BATU PAHAT

Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa Pertubuhan Peladang Negeri Johor 2022/1443H telah diadakan di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat. Majlis telah dipimpin oleh al fadhil Dr. Haji Mohd Azman bin Mohsin & bacaan tafsiran alquran oleh Alfadhil Ustaz Azrul Hamzani bin Baharudin.

Majlis penuh keberkatan ini diserikan dengan kehadiran Y.Hormat Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad , Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ , Barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ , Barisan Pengerusi AJP PPK Seluruh Negeri Johor , YBhg. Dato’ Sawalludin bin Ahmad, Pengarah LPP Johor dan En. Shahrizan bin Khairudin , Pengurus Besar PPNJ . Turut hadir bersama adalah Pegawai Peladang Daerah , Pengurus Besar PPK seluruh negeri Johor dan semua barisan warga kerja PPNJ .Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik dan diterima segala amalan kita.Aamin.

#LPPMalaysia

#LPP4farmers

#perkasapeladang

#MAFIMALAYSIA

#PPNJTv

#KeluargaMalaysia

#KitaMestiMenang

#ramadhan1443h

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *