Berita

Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Peladang Muda dan PeladangNita Peringkat Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Bagi Tahun 2021

18 APRIL 2022 – JOHOR BAHRU,

Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Peladang Muda dan PeladangNita Peringkat Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Bagi Tahun 2021 telah diadakan di Dewan Institut Pengurusan Peladang, Johor Bahru.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YH Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi AJP PPNJ dan disempurnakan oleh Ybrs. Dato’ Sawalludin bin Ahmad, Pengarah LPP Johor. Pemilihan melantik jawatankuasa baharu ini bagi sesi tahun 2021-2023 terdiri daripada 29 Pengerusi Peladang Muda dan PeladangNita PPK yang telah bertanding menentukan kepimpinan baharu mereka.

Tahniah kepada Encik Mohd Kamal Ulum bin Morsin dari PPK Kulai atas pemilihan sebagai Ketua Peladang Muda manakala Ketua PeladangNita telah berjaya disandang oleh Puan Zarina binti Mohamed Bain dari PPK Pekan Nanas yang juga merupakan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ.

Tahniah diucapkan kepada pelantikan yang baharu ini. Semoga terus maju bersama sokongan semua Ahli Peladang di seluruh negeri Johor.

#LPPMalaysia

#LPP4farmers

#perkasapeladang

#MAFIMALAYSIA

#PPNJTv

#KeluargaMalaysia

#KitaMestiMenang


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *