Loading...

Pengumuman: Jom ke Hari Peladang Penternak & Nelayan Kebangsaan!!

Utama / Pengumuman / Jom ke Hari Peladang Penternak & Nelayan Kebangsaan!!

Kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir ke sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 yang akan berlangsung selama empat hari bermula 28 November ini di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor.

Program bertemakan ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’ itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peadang (LPP), Azulita Salim berkata, selain menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan, HPPNK 2019 turut memberi peluang bagi usahawan tani mempromosi produk masing-masing.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Menjelang 100 hari HPPNK 2019 anjuran Kerajaan Johor dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Lembaga Pertubuhan Peladang di Johor Bahru.

Antara aktiviti menarik kenduri memasak Nasi Ambeng terpanjang di Malaysia yang akan direkodkan dalam Malaysia Book Of Records dan 200 ruang pameran disediakan.