Peladang Jentera Sdn. Bhd.

Syarikat Peladang Southsilk Sdn Bhd (PSSB) telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) pada 5hb September 1996 dengan modal dibenar sebanyak RM 5.0 juta dan modal berbayar sebanyak RM 0.8 juta.Syarikat telah diberi tanggungjawab menyediakan perkhidmatan perladangan kepada keseluruhan ladang-ladang milik PPNJ. Aktiviti ini berterusan hingga ke hari ini (menjadi aktiviti utama syarikat) disamping aktiviti sediada seperti pengiklanan dan kebersihan. Antara fungsi utama Peladang Southsilk Sdn Bhd Adalah Menyediakan jentera keperluan utama ladang.Syarikat telah dibekalkan dengan 4 unit back hoe loader dan 1 unit excavator oleh PPNJ bagi digunapakai secara berterusan oleh ladang-ladang.Selain itu, Menyediakan jentera mengikut keperluan semasa lading.Syarikat juga berfungsi untuk mencari dan menguruskan keperluan ladang mengikut masa dan keadaan ladang. Syarikat akan menggunapakai kontraktor luar untuk menyediakan mesin seperti bulldozer, road grader (mesin tidak dimiliki oleh PSSB).

INFO

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan keuntungan syarikat dan pemegang saham.
  2. Menyatukan program pengurusan perkhidmatan pembekalan input pertanian disemua peringkat Pertubuhan Peladang secara bersepadu.
  3. Menyeragamkan harga yang kompetitif untuk ditawarkan kepada Pertubuhan Peladang dan ahli peladang.
  4. Perkhidmatan Kejenteraan Ladang.
  5. Simpanan Wang Luar Bandar.
  6. Memenuhi matlamat yang disasarkan terhadap penubuhan PP dan melengkapi 10 perkhidmatan yang digariskan.

INFO

ASAS

ALAMAT:

No. 7, Jalan Persiaran Tanjung Susur 1
Taman Bukit Alif
81200 Johor Bahru
Johor

NO FAKS:

+607-237 3600

NO TELEFON:

+607-238 0600

PENGERUSI:

Tuan Haji Latif Bin Sahari

PENGURUS BESAR:

Tuan Haji Md Nizam Bin Jumadi

KEGIATAN UTAMA:

Kejenteraan Ladang