PPNJ Tours & Travel Sdn. Bhd.

PPNJ Tours & Travel Sdn Bhd adalah anak syarikat Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri pelancongan sejak ia mula ditubuhkan pada 26hb Oktober 1993. PPNJ Tours & Travel menyediakan perkhidmatan pelancongan komersial di dalam dan di luar negara, pakej umrah, pelancongan pendidikan dan juga perkhidmatan bas persiaran di mana setakat ini syarikat mempunyai 2 buah bas persiaran. Fungsi utama PPNJ Tours & Travel Sdn Bhd adalah Syarikat telah dibekalkan dengan dua bas persiaran yang di sewa dengan Pertubuhan Peladang Negeri Johor iaitu pemegang saham syarikat. Ia digunapakai untuk tujuan operasi dan perniagaan syarikat yang juga meliputi sewaan bas persiaran dan juga pakej pelancongan domestik. Syarikat juga berfungsi untuk mencari pasaran dan menguruskan tempahan tiket kapal terbang, feri, hotel dan juga pakej lengkap pelancongan atas kehendak pelanggan. Syarikat befungsi sebagai agen pelancongan yang tetap kepada 29 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Negeri Johor di mana peruntukkan sosial ahli peladang diberi oleh PPNJ pada setiap tahun. Fungsi syarikat yang terutama adalah untuk memberi keuntungan kepada pemegang saham di mana proses pemasaran harus ditingkatkan bertujuan untuk penambahbaikan dan juga untuk menambahkan pendapatan syarikat.

INFO

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan keuntungan syarikat dan pemegang saham.
  2. Menyatukan program pengurusan perkhidmatan pembekalan input pertanian disemua peringkat Pertubuhan Peladang secara bersepadu.
  3. Menyeragamkan harga yang kompetitif untuk ditawarkan kepada Pertubuhan Peladang dan ahli peladang.
  4. Perkhidmatan Kejenteraan Ladang.
  5. Simpanan Wang Luar Bandar.
  6. Memenuhi matlamat yang disasarkan terhadap penubuhan PP dan melengkapi 10 perkhidmatan yang digariskan.

INFO

ASAS

ALAMAT:

No. 7-01, Jalan Persiaran Tanjung Susur 1
Taman Bukit Alif
81200 Johor Bahru
Johor

NO FAKS:

+607-235 9004

NO TELEFON:

+607-235 9003

PENGERUSI:

Tuan Haji Zaidi Bin Abd Majid

PENGURUS BESAR:

Puan Muwaddatul Izzah Binti M.Nasir

KEGIATAN UTAMA:

Agensi Pelancongan