Peladang Urus Sdn. Bhd.

Peladang Urus Sdn. Bhd atau ringkasnya PUSB telah didaftarkan semula dan berkuatkuasa mulai pada 01 September 2015 dengan menjalankan aktiviti perniagaan dari segi pembekalan dan perkhidmatan. Pejabat PUSB pada awalnya pengaktifan pendaftarannya beralamat di Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Wisma Peladang, No. 9-9E, Jalan Selat Tebrau, 80000 Johor Bahru, dan pada masa ini PUSB telah mengendalikan urusan operasinya di No.15, Tingkat 2, Jalan Persiaran Tanjung Susur 1, Taman Bukit Alif, Tampoi, 81200 Johor Bahru. . PUSB dimiliki sepenuhnya oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) berstatus Bumiputera. Kapasiti perniagaan tahunan PUSB adalah sebanyak RM500,000.00 – RM 1.3 juta. 

Kegiatan aktiviti perniagaan PUSB adalah seperti Pengurusan Acara, aktiviti Pembersihan Pejabat dan aktiviti Pengurusan Kilang Pemprosesan dan Pemasaran Jus. Kilang ini telah beroperasi sejak September 2013, dan diserah pengurusannya kepada PUSB bermula awal Jun 2016. . Produk-produk jus yang di keluarkan dan berada dipasaran adalah seperti jus jambu batu, jus durian belanda, jus nanas, jus rossale dan jus manga serta air mineral berjenama ‘Peladang’. Peluang perniagaan dari segi aktiviti pengurusan acara dan pemasaran produk jus pihak PUSB telah meningkatkan urusan perniagaannya bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti Projek Lebuhraya Utara selatan (PLUS) dan ahli-ahli perseorangan.

INFO

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan keuntungan syarikat dan pemegang saham.
  2. Menyatukan program pengurusan perkhidmatan pembekalan input pertanian disemua peringkat Pertubuhan Peladang secara bersepadu.
  3. Menyeragamkan harga yang kompetitif untuk ditawarkan kepada Pertubuhan Peladang dan ahli peladang.
  4. Perkhidmatan Kejenteraan Ladang.
  5. Simpanan Wang Luar Bandar.
  6. Memenuhi matlamat yang disasarkan terhadap penubuhan PP dan melengkapi 10 perkhidmatan yang digariskan.

INFO

ASAS

ALAMAT:

Pusat Industri Peladang Batu 53
Jalan Ayer Hitam – Johor
86100 Ayer Hitam
Johor

NO FAKS:

+607-230 5239

NO TELEFON:

+607-754 2257

PENGERUSI:

Puan Zarina binti Muhammed Bain

PENGURUS BESAR:

Encik Zamri bin Awang

KEGIATAN UTAMA:

Pengurus Acara & Pemasaran Jus & IKS