Album

Kejohanan Boling PeladangNita Negeri Johor 2023.

24 November 2023, Johor Bahru

Kejohanan Boling PeladangNita Negeri Johor 2023.

Telah berlangsung Kejohanan Boling Peladangnita Negeri Johor 2023 bertempat di Lite SuperBowl JB. Dengan melibatkan 87 orang peserta yang mewakili 29 PPK di seluruh Negeri Johor.

Kejohanan ini telah disempurnakan oleh Y.H Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ dengan membuat simbolik balingan sulung. Turut hadir sama Ybhg. En. Amirudin bin Bahar Pengarah LPP Johor, Pn. Zarina binti Mohamed Bain Pengerusi Peladangnita Negeri Johor, En. Zulkifli bin Naim, Ketua Bhg. Hal Ehwal Korporat, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Digital PPNJ.

Berikut adalah keputusan Kejohanan Boling PeladangNita Negeri Johor 2023 :

Johan – PPK Simpang Lima

Naib Johan – PPK Batu Anam

Tempat Ketiga – PPK Parit Raja

Tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta.

“Memacu Bersama, Menjadi Luar Biasa”

#PPNJ

#peladangnita

#peladangnitanegerijohor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *